WOMEN especially, should take a lesson from this story
08 September 2008
LUAHAN hati yang datang daripada kaum lelaki untuk ruangan DCCK ini memang kurang diterima. Namun sesekali menerima cerita mereka memang mengejutkan. Masih ingatkah anda dengan sebuah kisah yang dipaparkan tiga tahun lalu tentang penderitaan seorang suami apabila mengetahui isterinya menduakannya hingga melahirkan seorang anak? Kisah yang lebih kurang sama saya paparkan minggu ini, datangnya daripada Azlan.
Cerita Azlan, zaman ini wanita tidak boleh lagi tuduh kaum lelaki sahaja jahat buat maksiat, skandal dan berzina.
‘‘Wanita pun sama,’’ demikian kata Azman ketika kami berbual di telefon Selasa lalu setelah membaca e-mel yang dihantar kepada penulis.
Kata Azlan: ‘‘Ruangan ini banyak menyiarkan kisah tentang penderitaan kaum wanita sahaja konon suami berlaku tidak adil, zalim dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh suami jauh lebih teruk daripada penderitaan yang dipikul oleh kaum wanita?
‘‘Sebenarnya saya tak tahu bagaimana nak memulakan cerita ini, sebab hati berbelah bagi sama ada ingin dipaparkan untuk panduan pembaca ataupun tidak. Tetapi setelah difikirkan, saya kira kenangan pahit kehidupan saya ini amat baik untuk dijadikan pedoman, khusus kepada kaum lelaki supaya tidak diperbodohkan oleh isteri. Wanita juga insaflah, Allah melihat apa yang anda lakukan.
‘‘Saya tidak menyedari perubahan isteri saya, sebab kami begitu sayang menyayangi, tidak pernah bertengkar apa lagi bergaduh besar. Kalau ada masalah, kami selesaikan seberapa segera, supaya masalah itu tidak menjadi nanah atau pun barah.
‘‘Tetapi nak jadikan cerita, satu hari kami sama-sama menonton drama tv. Kisah kecurangan seorang isteri terhdap suaminya. Akhirnya si isteri dapat balasan Allah. Sebaik habis ceritanya, hati saya tergerak bertanya kepada isteri saya Hasmidar dengan bergurau apakah dia ada menyimpan rahsia tentang dirinya terhadap saya. Tiba-tiba air mukanya berubah tak tentu hala.
‘‘Melihatkan perubahan keadaannya, saya bertanya lagi, dia menafikan. Saya desak lagi dia jadi lebih tak tentu hala. Melihat perubahannya, saya terus menadah tangan berdoa di hadapannya ‘Ya Allah kau laknatilah dia jika dia berlaku curang terhadap aku, aku reda…….Belum habis saya berdoa lagi, tiba-tiba dia menangis menahan saya dari meneruskan doa saya.
‘‘Abang ampun bang, abang terlalu baik kepada saya, saya memang jahat. Abang ampun dan maafkanlah saya, saya banyak buat dosa pada abang. Abang ampunkanlah saya. Abang ampun! Ampun! Ampunkan saya bang, katanya dalam tangisan.
‘‘Saya kehairanan. Apa dah jadi. Saya tanya Has beberapa kali tetapi dia tidak menjawab selain meminta ampun berkali-kali dan menangis. Sambil memegang bahunya saya tanya lagi, ‘‘Has berhenti menangis, abang nak tanya apa yang dah terjadi? Sampaikan kau minta ampun berkali-kali ini. Apa dah terjadi, apa kau dah lakukan di belakang abang?
‘‘Dalam tangisannya, Has berkata, saya tidak akan mengampunkan dan maafkan dia kalau dia ceritakan apa yang berlaku. Namun dia reda atas apa yang akan saya lakukan. Tetapi katanya dia tetap cintakan saya, sayangkan saya dan anak-anak. Apa yang dilakukan secara tidak sengaja. Penjelasannya membuatkan saya lebih pelik.
‘‘Saya tahu dia memang selalu keluar makan dengan rakan-rakan perempuan dan lelaki di tempat kerjanya, tak pernah saya terfikir dia buat benda yang tak baik. Saya jujur, saya fikir tentu dia juga jujur.
‘‘Tetapi mulutnya terus meminta maaf dan ampun dengan tangisan dan air mata merambu-rambu keluar. Perbuatannya membuatkan mulut saya dengan keras bertanya, kau berzina ke? Hah! Kau berzina? Dalam tangis dia menganggukkan kepala.
‘‘Astaghfirullah! Saya mengucap beberapa kali untuk menenangkan diri. Ya Allah apalah malangnya nasib aku ni ya Allah! Betulke apa yang aku dengar ini Ya Allah! Saya mengucap lagi sambil beristighfar beberapa kali. Lantas keluar bilik dengan mata serta kepala berpusing-pusing. Ya Allah apalah nasib aku yang malang ini!
‘‘Saya bukan jenis lelaki panas baran, jika lelaki lain pasti malam itu kalau tak bengkak dan luka pasti Has sudah kena sepak terjang hinggap ke muka dan ke badannya. Mungkin juga saya ni terlalu baik macam dia katakan. Kerana sepanjang 15 tahun berkawin saya tak pernah cemburukan dia, malah saya percayakan dia 100%. Kerana itulah juga saya tidak pernah bersuara tinggi apa lagi menampar dan memukulnya.
‘‘Hinggakan bila saya mendengar ceritanya malam itu, saya masih boleh mengucap panjang, keluar bilik dan tidak memarahinya sebaliknya saya bersabar. Jadi pembaca boleh fikir betapa sabar dan baiknya saya jika itu boleh saya katakan.
‘‘Saya bukan dayus atau takut bini, tetapi saya terlalu sayangkan anak-anak kami yang tiga orang ini. Saya tidak mahu hidup mereka huru hara kerana masalah ibu bapa mereka. Bahkan saya tidak mahu mak mertua saya seorang ibu tunggal menangis mengenangkan nasibnya, kerana kamilah tempat dia mengharap dan bergantung harapan. Kalau saya tak sabar pasti malam itu perang dunia ketiga meletus.
‘‘Untuk pengetahuan pembaca hidup kami suami isteri selama ini memang bahagia, tiada masalah besar. Dia kerja tak tentu masa, sepeninggalannya sayalah yang jaga rumah dan anak-anak. Kerana saya kerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Sayalah yang ambil dan hantar anak ke rumah pengasuh. Anak-anak mempunyai lebih banyak masa dengan saya berbanding Has, malah saya yang menguruskan makan minumnya, kalau malas masak saya beli nasi bungkus. Itulah cara hidup kami semuanya berjalan lancar dan saya bukan jenis demand makan minum mesti siap atas meja, pakaian mesti digosok, rumah mesti bersih.
‘‘Malah saya lebih banyak menguruskan kebersihan rumah dan pakaian daripada dia kerana kerjanya tak menentu. Kalau keluar bekerja salam jadi kebiasaan, malah siap cium pipi, pendeknya kami memang loving couple. Tetapi sekarang apa dah jadi?
‘‘Malam itu saya tak boleh buat keputusan. Fikiran saya buntu. Apakah saya ini kurang baik punca dia buat maksiat? Makan minum, tempat tinggal saya sediakan apa yang tak cukup? Patutnya dia bersyukur, saya bukan kaki ronda, lepak warung, kelab, dan sebagainya. Bahkan dalam setahun pasti dua tiga kali saya bawa mereka makan angin cuti-cuti Malaysia. Lebih penting saya bukan kaki perempuan.
‘‘Bila saya tanya banyak kali barulah dia cakap. Katanya jarang dapat, seminggu sekali aja. Terus saya tanya, apakah dia sering di rumah waktu malam? Sebaliknya dia lebih suka bekerja. Salah saya ke? Malah dia sering mengalah, kerana tak larat. Salah saya ke? Biasanya dia tidur awal dan saya tak suka kejut dia sedang tidur. Tak syoklah!
‘‘‘Malam tu kami tidur lewat, dia masih minta ampun tapi saya kata, minta ampun pada Allah semoga Dia ampunkan. Bagi saya tiada ampun untuknya sejak peristiwa tujuh bulan lalu itu hinggalah kini. Malah ia jadi sejarah hidup dalam hidup saya.
‘‘Dua hari selepas peristiwa itu, saya soal dia lagi dah berapa lama perkara ini berlaku. Katanya, ia bermula sejak setahun lalu. Jahanam punya perempuan, sanggup dia menduakan saya yang jujur ini. Dia mengaku cuma enam kali dia buat kerja terkutuk itu. Lagi berdesing telinga saya mahu saya terajang dia. Tapi saya sabar. Katanya dia dah insaf, sayalah suami terbaik untuknya. Saya kata dah terlambat. Saya jaga anak-anak kat rumah dia kata pergi kerja, tetapi dia pergi hotel. Celaka punya perempuan. Kami bertengkar sakan malam tu. Tiba-tiba dia lari ke dapur ambil pisau nak bunuh diri. Saya sempat selamatkan dia.
‘‘Memang dia dah gila, patutnya saya yang mengamuk, ini dia yang naik hantu, dah terbalik. Katanya dia insaf dan mahu saya ampunkan dia dunia akhirat. Seminggu lepas tu, hati saya tak sedap, saya soal lagi adakah jantan itu pernah datang rumah?
‘‘Dia kata ada, tapi tak masuk. Cuma hantar buah-buahan. Sakitnya telinga, saya terus bagi penampar. Itulah pertama kali saya tampar dia. Saya marah sebab dulu dia kata adik angkatnya yang bagi buah-buahan tersebut, bagi saya makan. Kami bertengkar lagi. Kali ini dia ambil pisau cuba potong urat nadi di tangannya. Dan kunci dirinya dalam bilik. Saya nasihatkan dia ingatkan Allah, dan jangan tambah dosa.
‘‘Sejak peristiwa itu saya tak soal dia lagi takut dia mati, saya pula masuk lokap. Kini setelah kesnya terbongkar saya suruh dia sembahyang dan berdoa semoga Allah ampunkan dia. Saya boleh terima dia jika dia berjanji tak ulangi lagi perbuatan terkutuk itu. Namun hati saya yang punya, saya tidak dapat lagi memberikan kasih sayang kepadanya sama seperti dulu.
‘‘Dulu tiap-tiap hari cium pipi, tangan, sekarang saya kata padanya jangan buat lagi, jangan berpura-pura. Saya katakan padanya bahawa saya takkan ampunkan dosanya. Namun kami hidup bersama hingga kini semuanya kerana anak-anak dan saya tak mahu dia ugut bunuh diri.
‘‘Namun dia izinkan saya kahwin lagi, dia reda, asalkan saya tidak ceraikan dia dan jaganya seperti dahulu. Tetapi saya bukan jenis orang suka mengira kepala bini. Cinta dan kasih sayang bukan boleh disorong dan ditarik bila-bila suka. Ia datang dari lubuk hati yang sukar ditafsirkan nilainya.
‘‘Bagaimanapun saya tak boleh cakap habis, mungkin satu hari nanti Allah mengubah hati saya, lagi pun umur saya belum 40 tahun, dia enam tahun muda daripada saya, mungkin bila keadaan kembali tenang kami boleh membentuk jalan sendiri. Mungkin itu cara yang terbaik. Tapi sekarang dia tak mahu diceraikan.
‘‘Kata Has kalau saya kahwin lagi dia sanggup pinangkan sebagai menebus dosa nya. Dia sanggup buat apa sahaja demi cintanya pada saya. Tetapi saya katakan kalau betul cinta dan sayangkan saya kenapa cari jantan lain? Menurut Has dia pun tak sangka, segala-galanya berlaku secara tak sengaja, baru jumpa dan berkenalan beberap minggu dia sudah boleh lupakan cintanya pada saya dan sanggup berbohong kata overtime sedangkan hakikatnya dia pergi ikut jantan tu tidur di hotel. Ini yang membuatkan saya tak dapat maafkan Has, kerana begitu mudah dia melupakan janji dan ikrar cintanya kepada saya sebelum kami berkahwin dan setiap tahun menyambut ulang tahun perkahwinan.
‘‘Kerana terlalu marah dan ikutkan rasa hati saya, andai ditakdirkan dia mati dulu, saya tak akan bacakan yassin dan buat tahlil untuknya. Begitulah marah dan geramnya saya atas perbuatannya menduakan saya.
‘‘Lagi pun jika kami bercerai saya kasihankan anak-anak juga mertua saya yang telah tua. Tetapi sayangnya anaknya tidak pernah fikir dan kaji dari perbuatan keji dan buruk yang telah dilakukannya.’’
Demikianlah cerita Azlan panjang lebar tentang masalah dan peristiwa hitam yang menyelibungi hidupnya. Katanya dia tidak ada tempat nak mengadu untuk melegakan sesak di dada dan dia mahu bercerita kepada orang yang tidak dikenali supaya kesannya tidak menyiksa hidupnya nanti.
Memang tepat seperti kata Azlan. Zaman ini terlalu banyak godaan, akibat percampuran yang luas tanpa mengguna fikiran. Memang ada kalangan wanita yang cepat lupa diri. Cepat terpengaruh dengan pujuk rayu, akhirnya merosakkan diri dan masa depan anak-anaknya. Ingatlah bukan semua lelaki seperti Azlan mahu mengutip isteri yang pernah mencontengkan arang ke mukanya. Insaflah. Bekerjalah dan carilah rezeki yang halal semoga terselamat dari sumpahan suami di dunia dan akhirat
September 9, 2008 at 2:26 AM
terkasima kiter bacer story tuh,bukan kerna kagum ya teman2, tetapi agak kaget...astaghfirullah ternyata dalam masyarakat kita ada juga keluarga yang mcam ni ek..ok pengajaran yang dapat diambil dari kisahh uh ada banyak...
hurmm.. dari apa yang kita dapat simpulkan...
firstly, untuk membina suatu baitul muslim(keluarga islam)yang paling kita utamakan adalah terlebih dahulu kita membina peribadi muslim..(boley rujuk buku Maza Ya'ni by Fathi Yakan...).. meaning untuk memilih bakkal suami or isteri bukan lah juz sekadar atas rasa cinta, tetapi kerna Agamanya, itu yang kite kena utamakan... cos kalau org tu dah mantap pemahaman agamanya, inshaAllah masalah or kasus macam ni takkan timbul..
secondly,mengenai CINTA ni kan.ok dalam islam cinta yang paling utama d mana yang kita letak paling atas? of course la our creator kan, Allah.so walau cemanapun, dun give 100percent LOVE kepada pasangan, kerna cinta manusia, tiada yang hakiki..
September 9, 2008 at 2:37 AM
esah berbahse indon.sungguh kagum.hehehe.tue la amik pengajaran dr kisah ini exp wanita2 yg mahu berkeluarga.adioss
September 9, 2008 at 2:45 AM
again....shirayuki mai...~~~
sebenarnya gabungan 3 bahasa (malaysia, indonesia, english)tatau la dah bercampor2 nie....
sumimasen(jepon pulak).....fufufu~~~
September 9, 2008 at 2:51 AM
kuang2.jom g beli baju.ngeh2.bout ur bahase,i know u learned from where.....ngeh2.